Senin, 19 Mei 2014

Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu



Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu�akad (solat yang dituntut oleh Syara�).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
�Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..�

Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata �kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, �Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.� (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, �Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.� (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, �Jibril mendatangiku dan berkata, �Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.� (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, �Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.� (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. �Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, �Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.� (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, �Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.� (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, �Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.�

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, �Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.� (QS. Al-Furqan: 63-64)

*sumber dari tahajjud.net

Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam



Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Misalnya, berkata-kata dan kemampuan berbicara di depan khalayak umum menjadi sebuah keperluan kerana kita memiliki fungsi sebagai makhluk sosial dengan kebiasaan berinteraksi antara mereka. Untuk kepentingan itu, berkata-kata adalah sebuah jalan sikap yang harus diambil. Lalu bagaimana dengan diam?

Sama halnya, diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam bahkan boleh menjadi kebiasaan efektif yang bila diterapkan dalam diri, ia akan membuat kita menjadi lebih produktif. Iaitu dengan membiasakan diam dan mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja.

Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam: 
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Menjadi perhiasan tanpa berhias.
  3. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Membina benteng tanpa pagar.
  5. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib dan masalah.


Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." - Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya'

Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu." - Musnad Imam Ahmad

*Dipetik dari artikel "Apa Yang Rasulullah Ajar Tentang Diam?" sumber www.tarbawi.my

Subhanallah, Fakta Sains Berkaitan Wuduk



Umatku (kelak di hati kiamat) akan dipanggil �putih bersinar� kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu).� �diriwayatkan oleh Bukhari
Wuduk diambil untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar setiap kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk menjaga wuduk sentiasa supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari zaman Rasulullah s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku �Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit�.

Untuk menceritakan berkenaan fakta kulit kita, artikel ini akan menjadi sangat panjang untuk pembaca. Jadi, saya hanya akan berkongsi berkenaan anggotawuduk sahaja:

Mencuci tangan

Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal danmyokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacialatau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.

Istinsyaq

Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagiannasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.
Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Membasuh muka

Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.
Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.
Fakta-fakta ini saya ambil dari buku �Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit�. Saya harap dengan perkongsian ilmu ini dapat kita muhasabah diri. Teliti semula cara kita mengambil wuduk selama ini adakah sempurna atau tidak. Perbetulkan jika masih berlaku kesalahan. Belajar lah dari yang berilmu jika tidak fasih dengan cara mengambil wuduk anda.

*Sumber dari irfanirsyad.wordpress.com

Fakta menarik tentang Rasulullah



 Siapa yang tidak mengenali Nabi Muhammad S.A.W terutamanya orang Islam. Banyak kisah kisah kehidupan Baginda ditatapkan dan didokumentarikan. Contohnya dalam Jejak Rasul bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Berikut merupakan fakta unik secara ringkasnya mengenai kehidupan Baginda. Kalau ada kesalahan fakta, minta perbetulkan.




1. Nabi Muhammad SAW tidak melepaskan tangannya saat berjabat sebelum mitranya melepaskan terlebih dahulu.
2. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi Muhammad SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
4. Nabi Muhammad SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berpikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.
5.beliau tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)
6. Harta Nabi Muhammad SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
7. Nabi Muhammad SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur.
8. Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.
9. Santapan Nabi Muhammad SAW yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan kambing.
10. Nabi Muhammad SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu mempermalukan orang.
11. Nabi Muhammad SAW merupakan contoh jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
12. Nabi Muhammad SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salju di oase.
14. Beliau tidak pernah sakit gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali sehari.
15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.

Courtesy  : myibrah.com

Tips Cara Belajar : Cara cerdas belajar cerdas


Tujuan semua orang belajar pasti agar lebih cerdas, bukan? Tapi terkadang saat belajar pikiran kita tidak fokus dan konsentrasi, alhasil, setelah belajar kita tidak mendapatkan ilmu secara maksimal. Bacalah tips-tips berikut, supaya belajar menjadikan anda lebih cerdas dan berhasil:

1. Belajarlah sambil mendengarkan musik . Berbagai penelitian yang pernah dilakukan menunjukkan adanya hubungan antara pengaruh musik dengan peningkatan prestasi belajar. Musik membuat anda �mengalir� , dan merangsang pikiran untuk berkosentrasi pada apa yang sedang anda pelajari atau kerjakan . Idealnya anda mendengarkan musik klasik atau instrumentalia/ musik lembut dengan beat yang santai . Tapi kalau anda tidak bisa menikmatinya , putarlah musik kesayangan anda
2. Ciptakan suasana ruang belajar anda senyaman mungkin supaya anda betah berada disana. Kalau memungkinkan , hiasilah dengan gambar-gambar pilihan atau kata-kata yang bisa memberi motivasi. Boleh juga menggantungkan poster idola , photo kekasih, atau piagam penghargaan yang pernah anda raih . Perhatikan juga ventilasi udara agar kamuanda tidak merasa kepanasan atau kedinginan . Aturlah penerangan agar sesuai dengan keperluan anda , tidak terlalu redup dan tidak pula terlalu menyilaukan.
3. Aturlah waktu belajar dengan seefisien mungkin . Biasakanlah untuk belajar setiap hari pada jadwal yang telah anda  tetapkan. Hindari kebiasaan menumpuk tugas yang perlu dikerjakan sampai menjelang batas akhir waktu yang ditetapkan. Hentikanlah kebiasaan sistem kebut semalam. Cara belajar seperti itu akan  menjadi pribadi yang harus ditekan untuk bergerak . Pola ini biasanya akan berlanjut ketika andah memasuki dunia kerja dan bisa menghambat peningkatan karir anda kelak.
4. Belajarlah dengan aktif . Jangan puas hanya menjadi pelajar atau mahasiswa yang teoritis saja. Hasil belajar anda akan lebih optimal kalau anda belajar sambil mempraktekkan apa yang anda pelajari. Sistem belajar sambil praktek sudah terbukti berhasil diterapkan dalam banyak pendidikan inormal seperti kursus bahasa, mengemudi, inormatika , menjahit dsb. Prinsipnya berlaku untuk bidang apapun yanganda pelajari , termasuk belajar bicara didepan umum , belajar berdansa , berenang dsb.
5. Belajarlah dengan minat yang besar agar kualitas dan hasil belajar anda lebih optimal. Dengan minat yang tinggi , anda bersemangat menggali berbagai sumber untuk mendapatkan informasi yang berhubungan dengan materi yang anda pelajari. Itulah alasannya mengapa sebaiknya anda kuliah dibidang yang benar-benar  . Kalau anda sangat menyukai teknik , mungkin andaakan mengalami masalah kalau anda harus kuliah ekonomi dsb. Tapi kalau anda sudah terlanjur salah jurusan, atau berada ditempat yang kurang anda sukai maka cobalah unuk menyukainya. Milikilah rasa tanggung jawab terhadap sesuatu yang telah anda ambil atau putuskan. Namun terkadang minat juga bisa muncul dari penyusuaian diri , percayalah tidak ada ilmu yang tak bermanfaat raihlah segala bidang ilmu , pelajari dengan matang jangan setengah-setengah hingga bisa didapat suatu kecerdasan multi dimensi.

6. Pelajarilah teknik belajar yang efektif agar anda belajar dengan waktu yang relatif singkat tapi dengan hasil yang lebih memuaskan. Sebagai contoh TEKNIK PENYEBARAN WAKTU mengajarkan bahwa lebih baik kamu belajar 3 x 1 jam daripada 1 x 3 jam.
7. Pelajarilah teknik membaca cepat agar anda bisa membaca dengan kecepatan tinggi dan dengan pemahaman yang tinggi pula. Ini adalah kemampuan vital bagi anda yang hidup diera digital dan informasi. Dengan daya baca berkecepatan tinggi, syukur-syukur bisa membaca dengan mata hati pula ,sehingga arus informasi yang deras tidak akan meneggelamkan anda , tapi justru melejitkan prestasi untuk meraih keberhasilan.
8. Pelajarilah teknik mengingat dengan memanaatkan kata kunci atau kata akronim. Dengan kemampuan ini daya ingat anda akan dipertajam sehingga anda bisa mengingat bahan pelajaran dengan cepat dan akurat. Banyak teknik mengingat yang sudah teruji praktis yang dapat dipelajari untuk meningkatkan daya ingat, daya konsentrasi dan memacu potensi belajar.
9. Pelajarilah teknik menulis. Dengan kemampuan ini anda tidak akan mengalami kesulitan untuk melakukan kegiatan tulis-menulis secara sistematis dan mudah dipahami, baik berupa laporan , skiripi, artikel dsb. Keahlian menulis sangat diperlukan didunia kerja dan juga akan memungkinkan anda untuk menjadi penulis buku , wartawan dsb.
10. Pelajarilah cara berpikir yang logis , rasional dan objektif. Meskipun pikiran anda lebih hebat dari komputer , mungkin baru sebagian saja /kecil bagian dari otak yang anda manfaatkan. Berkat jasa para ilmuwan, sekarang otak anda  bisa dilatih untuk memacu potensimu yang luar biasa sehingga anda bisa lebih berprestasi dalam studi dan sukses dalam hidup.
Sumber : http://hipnosiskilat.blogspot.com/2010/11/tips-belajar-supaya-lebih-cerdas.html

Teori baru asal-usul kehidupan

Ada berbagai teori dan percobaan mengenai asal-usul kehidupan. Dalam buku The Grand Design (2010), fisikawan Stephen Hawking bersama Leonard Mlodinow menjelaskan tentang penciptaan ini. Menurut mereka tata surya dapat membentuk dirinya sendiri karena ada hukum alam, seperti gravitasi.
Maka, penciptaan spontan adalah sumber adanya �sesuatu� dan bukan kehampaan, adanya alam semesta dan adanya kita. Jika fisikawan sekaliber Stephen Hawking bilang begitu, maka teori generatio spontanea yang menjelaskan bahwa makhluk hidup muncul secara mendadak rasanya patut dikaji ulang.
 Perkembangan baru teori asal usul kehidupan
Sebelumnya, para ahli biokimia dan biologi modern sudah merumuskan berbagai teori dan menguji coba di laboratorium. Salah satu yang fenomenal adalah uji laboratorium yang dilakukan Stanley Miller, kandidat doktor di University of Chicago, Amerika Serikat, tahun 1953. Miller merekonstruksi kemungkinan kondisi atmosfer bumi purba dengan cara mencampur hidrogen, air, metana, dan amonia dalam bejana dan memanasinya selama seminggu. Seminggu kemudian ketika hasil percobaannya dianalisa menggunakan kromatografi, ia menemukan endapan senyawa organik penyusun kehidupan yang sangat terkenal: asam amino!
Ragam asam amino itu�glisin, alanin, aspartik, dan glutamik�adalah unsur dasar pembentuk protein, penyusun struktur sel, dan berperan penting dalam reaksi biokimia yang dibutuhkan kehidupan.
Bukti baru
Lembaga Aeronautika dan Antariksa AS (NASA) memublikasikan hasil pengujian terhadap bahan penelitian Miller. Bahan ini, dengan alasan yang tidak pernah diketahui, tidak pernah dicoba sampai Miller meninggal tahun 2007. Bahan ini mengandung hidrogen sulfida (H2S) yang belum pernah digunakan sebelumnya. Secara teori hidrogen sulfida berfungsi menstimulasi kondisi awal atmosfer.
Hasil pengujian yang dilakukan sungguh mengagetkan! Dengan menggunakan H2S, asam amino yang dihasilkan jauh lebih banyak dibandingkan penelitian-penelitian sebelumnya. Total diperoleh 22 jenis asam amino dan 10 jenis di antaranya belum pernah ditemukan dalam percobaan serupa. Salah satu dari asam amino tersebut, metionin, berperan besar dalam kode genetik. Metionin menginformasikan pada sel untuk menerjemahkan suatu desain menjadi protein.
Kesimpulannya, penelitian menunjukkan peran gunung berapi pada pembentukan senyawa organik awal. Seperti diketahui, gunung berapi adalah sumber sulfur yang berlimpah. Kilat cahaya yang muncul saat gunung meletus, seperti aliran listrik yang membangkitkan kehidupan. Dengan demikian, kawasan gunung berapi bisa jadi menjadi lokasi awal mula kehidupan karena merupakan daerah yang kaya senyawa organik, baik jenis maupun jumlahnya.
origin of life2 pic01 Perkembangan baru teori asal usul kehidupan
Penelitian lebih lanjut pada meteorit � partikel antariksa yang tidak habis terbakar di atmosfer dan jatuh ke Bumi � menunjukkan bahwa selain kaya unsur karbon, ternyata meteorit juga mengandung beragam asam amino. Maka, bisa jadi molekul penting yang berperan dalam kehidupan berasal dari antariksa dan mempercepat munculnya kehidupan karena bahan bakunya sudah siap bersenyawa. Tampaknnya ini juga berkaitan dengan teori Cosmozoan.
Tipe asam amino yang dihasilkan dengan menambahkan H2S ternyata hampir sama dengan asam amino pada meteorit yang kaya karbon.
Awal mula
Meski demikian, kerja Miller tak lepas dari teori-teori yang dihasilkan para ahli biokimia sebelumnya. Menurut John Haldane dari Inggris tahun 1929, atmosfer pada zaman Bumi purba tidak memiliki oksigen bebas. Kemudian Haldane dan Aleksander Oparin dari Soviet menyatakan bahwa emua bahan baku kehidupan sudah ada di Bumi sejak awal mula, demikian juga dengan energi dari Matahari dan proses yang belum diketahui, tapi memicu munculnya kehidupan.
originoflife2 Perkembangan baru teori asal usul kehidupan
Di Amerika, tahun 1952, ahli biokimia Harold Urey mengelaborasi teori Haldane dan Oparin dengan menyebutkan unsur-unsur yang ada sejak terbentuknya semesta, yaitu hidrogen, oksigen, nitrogen, dan karbon. Inilah yang kemudian membentuk air, amonia, dan metana sebagai unsur dasar pembentuk kehidupan.
Stanley Miller kemudian mengombinasikan ide Haldane, Oparin, dan Urey dalam percobaannya. Selain menemukan senyawa organik penyusun kehidupan, percobaan Miller juga membuktikan betapa mudah asam amino terbentuk.
Pada tahun yang sama, 1953, penemuan struktur DNA�deoxyribonucleic acid yang membawa kode genetik�semakin membuktikan besarnya peran senyawa organik dasar menyusun kehidupan. Penemuan DNA juga membuka pemahaman terhadap beberapa senyawa, di antaranya asam nukleat, yang bisa bereplikasi dan mewariskan sifat kehidupan.
Semua penelitian di atas mengarah pada pembentukan asam amino sebagai langkah awal evolusi. Akan tetapi, betulkah semua ini proses alam semata seperti yang dipercaya Hawking dan Mlodinow, ataukah karena sebuah kekuatan supranatural?
Sumber : http://biologimediacentre.com/Teori-baru-asal-usul-kehidupan/

Bila matahari padam, berapa lama makhluk di Bumi bisa bertahan?

Pernahkan Anda membayangkan bagaimana seandainya matahari padam?
Jikalau ini terjadi, (meskipun kecil kemungkinannya dan masih sangat lama) jangan membayangkan seperti memasukkan secangkir kopi panas ke dalam kulkas, dan berharap kopi tersebut langsung mendingin.

Demikian juga, seandainya matahari hanya "padam" maka Bumi masih akan tetap hangat, setidaknya selama beberapa juta tahun. Tapi penghuni permukaan Bumi akan merasa terjadi pendinginan yang lebih cepat.
matahari biologimediacentre Bila matahari padam, berapa lama makhluk di Bumi bisa bertahan?
Dalam seminggu, rata-rata suhu permukaan Bumi akan turun di bawah 0�F. Dalam setahun, itu akan turun menjadi -100�. Air laut di lapisan atas akan membeku, tetapi es yang membeku tersebut akan melindungi air jauh di bawahnya sehingga tidak membeku selama ratusan ribu tahun. Jutaan tahun setelah itu, planet kita akan mencapai suhu stabil -400�. Suhu ini merupakan suhu dari yang memancar dari inti Bumi, sama dengan panas yang dipancarkan Bumi ke ruang angkasa.
Diperkirakan beberapa mikroorganisme yang hidup di kerak bumi mampu bertahan, namun fotosintesis akan berhenti dengan segera, dan sebagian besar tanaman mati dalam beberapa minggu. Pohon-pohon besar, mungkin bisa bertahan selama beberapa dekade, karena bertahan dengan cara memperlambat metabolisme untuk menghemat cadangan gula hasil fotosintesis. Rantai makanan pada tingkat trofi bawah akan musnah karena kebanyakan hewan akan mati dengan cepat. Pemakan bangkai, dekomposer, dan detritus mampu bertahan hidup dari sisa-sisa hewan mati hingga hawa dingin membunuh mereka.
 
Seandainya memungkinkan, manusia bisa hidup dalam kapal selam di bagian terdalam dan �terpanas� dari laut. Teknologi yang memungkinkan untuk menopang kehidupan adalah tenaga nuklir atau panas bumi.
Mungkin satu-satunya negara yang sudah siap bila matahari padam adalah Islandia. Negara kepulauan ini sudah menggunakan energi panas bumi untuk keperluan 87 persen rumah di sana. Hebatnya, sumber energi panas vulkanik ini bisa dimanfaatkan selama ratusan tahun.
Namun, yang menjadi masalah bila matahari padam ternyata bukan sekedar masalah panas. Matahari juga menjaga agar planet kita tetap pada orbitnya. Jika massa matahari tiba-tiba menghilang (dan ini sama sekali tidak mungkin), maka Bumi ini akan terbang terlontar, seperti bola yang berayun pada tali dan tiba-tiba dilepaskan.